salam perkenalan... hai,

selamat datang ke blog saya!

blog saya ada menjual beberapa jenis cloth diaper yang cute2...

ada yang plain dan ada yang bercorak

brand sunny baby minky dan happy bm

selamat bershopping!
Cloth diaper (CD) adalah sejenis kain lampin moden yang environmental friendly. Tiada bahan kimia yang di gunakan untuk mengahasilkannya.. Konsep pemakaian CD adalah sama dengan pemakaian Disposable diaper(DD), cuma CD tidak perlu di buang selepas di pakai.. kita hanya perlu membasuhnya dah boleh di pakai berulang2 kali...

Kenapa kita perlu bertukar kepada cloth diaper???
Menurut kajian yg telah dilakukan terdapat pelbagai bhn kimia yg digunakan untuk menghasilkan DD, antaranya adalah diaoxin (penyebab kanser), sodium polyacrylate (jangkitan kuman) dan tributyl tin(ganggu sistem hormon dan imunisasi)..

DD juga adalah penyebab utama ruam lampin yang teruk kerana alahan, kekurangan pengudaraan, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain.

Kajian terbaru yg telah dibuat mendapati lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca kerosakkan mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan lelaki pada masa akan datang.

Penggunaan CD dapat menjimatkan wang kita!! tambah pula dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu skrg ini.
Jom kita tgk penjimatan yang bakal kita perolehi...

Sebagai contoh:
Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 6 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 6=RM3.60 sehari

RM3.60 X 365 hari=RM1314 setahun

RM1314 X 3 =RM3642 untuk 3 tahun (beribu2 wang kita buang begitu saja tanpa hasil)

Kos bagi penggunaan lampin moden:

RM30 (paling murah untuk yang 1 insert)

Beli 12 helai: 12 X RM 30 =RM360

Beli 24 helai: 24 X RM30 =RM720 (lebih banyak lampin, lebih tahan lama )

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh di gunakan lg kepada adiknya nnt..

Berapa yang anda boleh jimat??? banyakkan???adakah kita perlu bertukar kepada cloth diaper??? tepuk dada tanya hati...

Anda juga x perlu risau dan fikir mesti leceh sebab kena basuhkan? untuk pengetahuan anda semua CD boleh dibasuh menggunakan mesin basuh... senangkan?

Saya harap dengan informasi yg kita berkongsi bersama ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan.
Cara penjagaannya pula anda boleh tgk diruangan blog saya di bawah..

jom kita tgk produk dan tawaran yg bakal anda perolehi!!!




Dapatkan penerangan lebih lanjut mengenai cara penjagaan dan cara pemakaian
cloth diaper sila klik catatan lama di bawah...

Rabu, 21 April 2010

Cara penggunaan dan penjagaan

Cara pemakaian
senang saja.. masukkan insert ke dalam CD. pastikan insert dimasukkan hingga ke hujung CD, ini untuk memastikan agar CD tidak bocor.. CD dengan 1 insert boleh digunakan sehingga 4 jam atau dengan 4x basahan.. sekiranya anak anda heavy wetter bolehlah anda menggunakan 2 insert.. anda hendaklah menukarkan insert dengan CDnya sekali walaupun microfleece (bahagian dalam CD) sentiasa kering untuk mengelakkan berlakunya ruam lampin

Cara basuhan dan penjagaan
jangan sesekali menggunakan pencuci yang mengandungi peluntur, enzyme dan softener kerana ini akan menyebabkan kerengsaan pada kulit bayi yang sensitif selain boleh merosakkan CD. sabun yang di syorkan adalah Pureen HAD atau Kiddie Wash yang lembut pada kulit bayi..

perlu diingatkan disini adalah apabila anda ingin mula menggunakan CD, anda dikehendaki melakukan pre-wash sebanyak 3x kali dahulu sebelum menggunakannya. ini adalah untuk meningkatkan daya serapan CD dan juga insert.

sekiranya CD anak anda terkena poo poo, buangkan poo poo ke dalam toilet bowl dan pancutkan air yang deras untuk menanggalkan sisa poo poo..
jika CD hanya ada kotoran pee pee, anda boleh bilasnya menggunakan air sahaja. jika anda tiada masa membasuh CD dgn segera, anda bolehlah memasukkan CD kedalam baldi kering.. simpanan boleh dibiarkan tidak lebih dari 3 hari..

sebulan sekali anda bolehlah melakukan stripping iaitu dengan membasuh luar dan dalam microfleece dan juga insert dengan menggunakan sabun yang mempunyai kuasa menanggalkan minyak seperti sunlight. kemudian bolehlah di bilas seperti biasa supaya microfleece dan insert dapat berfungsi dengan baik..

bagi anda yang malas membasuh menggunakan tangan, anda jangan risau biarkan mesin basuh anda yang membasuhnya. tp anda digalakkan menggunakan laundry net untuk menjaga CD agar tahan lebih lama.

Jom2 kita berkenalan dulu dengan Cloth Diaper

Cloth Diaper(CD)

Cloth diaper adalah sejenis kain lampin moden yang environmental friendly. tiada bahan kimia yang di gunakan untuk mengahasilkannya.. Konsep pemakaian CD adalah sama dengan pemakaian Disposable diaper(DD), cuma CD tidak perlu di buang selepas di pakai.. kita hanya perlu membasuhnya dah boleh di pakai berulang2 kali...

tahukah anda?
di dalam DD mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan ruam lampin yang serius kepada bayi yang mempunyai kulit yang sensitif..

Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih. Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara, tetapi tidak termasuk USA.

Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah0merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman. Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.

TRIBUTYL TIN (TBT)
- Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh mengganggu sistem hormon dan imunisasi badan kita.

* Kes ruam lampin yang makin meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekurangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.

* Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca kerosakkan mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

Selain itu DD mengambil masa beratus2 tahun untuk mengurai.. mahukah kita melihat ank2, cucu2, cicit2 kita nnt hidup dgn dikelilingi sampah DD yg bertimbun2???

Pemakaian CD amat menjimatkan wang kita!!
Sebagai contoh:
Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu

RM0.60 X 7=RM4.20 sehari

RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun

RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun

Kos bagi penggunaan lampin moden:

RM30 (paling murah untuk yang 1 insert)

Beli 12 helai: 12 X RM 30 =RM360

Beli 24 helai: 24 X RM30 =RM720(lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)

Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh di gunakan lg kepada adiknya nnt..

Berapa yang anda boleh jimat???? banyakkan????

anak2 kesayangan mama

anak sulong sy nur awliya, berumur 2 thn 7 bln... yang suka bercakap(talkactive) dan suka bertanya klau ada benda baru yg dia nmpk.. kdg2 tu sampai x terlayan dah..
hari2 mesti minta nak tel maktok kat penang, nasib baik lah abahnyer ambil pakej murah tuk talian tetap.. kalu x bankrupt abahnye nk kena byr bill telefon yg melambung2.. ye lah cuba bayangkan sabah ke penang siang2 hari.. kdg2 tu sampai 2,3x sehari..
bkn kata ank, mama dia pun sama hehehe maklum lah dok jauh di perantauan..


ni masa umur dia 10 bln..













ni cerita pasal ank no 2, adik awliya.. muhamad asyraaf baru 10 bln, lg 1 mggu msk la 11 bln..
alhamdulillah dah bleh jalan n ada 8 batang gigi, 4 atas 4 bwh.. nasib baik la ank mama ni bkn jenis yang suka menggigit org, kalu x hbs la lebam mama, abah n kakaknye...

save our environment!!!

apa perasaan anda apabila bertembung dengan org yg suka membuang sampah merata??
apa tindakan anda?
saya tinggal di kawasan luar bandar, pada pendapat saya penduduk di sini kurang prihatin tentang alam sekitar.. sampah merata2 tempat, pastu slumber je buang sampah mcm tu je.. x dak perasaan rasa bersalah buang sampah merata..
pada hal tong sampah depan mata ja.. cuma mungkin perlu 4,5 langkah shj tuk sampai dkt tong sampah tu.. hhhuuuhh!!
rasa mcm nk suruh ja dia kutip blk sampah tu.. tp apa leh wat mereka lg tua dari sy hehehee..

Selasa, 20 April 2010

salam perkenalan

fuhhh!!! panas betul dgn cuaca skrg ni.. pagi, petang, siang, malam panas saja..
kalau tinggal kat kampung maybe ok skit sbb bnyk pokok. kalau duduk kat taman perumahan masyaAllah punya la panas dah mcm duduk dalam microvawe dah...
Related Posts with Thumbnails